Wednesday, 24 May 2017

Berakhirnya Sem Dua

Assalamualaikum.

Perrrhhh lagi satu sem baiiiiiii. Hahahahahahaha. Oh tekanan, berambos la kau. Sesungguhnya kau tak diperlukan lagi. Hahaha lol. Okeyy final sem dua dah habis. Result? Hmm entah la nak. Sem satu pon kena carry dua paper balik hohoho. 

Pengajian Am 230517

Hm soalan struktur dia Alhamdulillah la boleh jawab. Tapi tak boleh yakin sangat sebab cikgu kata markah paling tinggi pernah dapat pon 5 over 15. Kau ghaseee? Hahaha tapi yang part last tu, soalan peranan NKRA perhh, sebelum gerak dewan aku baca sekali imbas je pasal tu. Tu pon sempat baca pasal dia tangani rasuah and jenayah. Dua peranan lagi tak sempat baca. Tup tupppp, bukak je paper. Keluar sebiji yang baca last minute tadi ! :D waduh waduh, bahagiaaaa bangetttt. Hahaha. Hmmmmm tapiiiii masuk je bahagian geram, wat thee ... -.- ini mengundang carutan. Serious susaaah. Susah nak tentukan graf apa. Tapi nak alihkan pada bentuk jadual, boleh laaaa. Itupon kalau salah media, max markah 5/20. Fhewww peluh peluh. Kesat kejap. 

Aku tak tahu ni graf kompaun or komponen. Kompaun yang sebelah sebelah, komponen yang bertingkat tingkat tu. Masalahnyaaaa, dia tak bagi klu dekat soalan langsung! Tak nampak pon perkataan nilai ke jumlah ke pola ke. Yang ade tu haaaa trend perbelanjaan. Haa sudah ni garis k

Saturday, 20 May 2017

Ada Masa Kita Gembira, Ada Masa Kita Berduka

Assalamualaikum. Tadi sebelum mama, adik and abang balik kampung, kawan kawan adik ada datang sekejap. Keputusan upu kan dah keluar isnin haritu, ramai kawan kawan dia yang dapat. Nak pergi besok. Tu yang dorang jumpa tadi. Malam semalam pon ramai ramai tido rumah member, pukul 4 bangun hiking dekat bukit taboo. Kau faham tak apa aku rasa? Aku selalu cakap kat adik aku, aku sukaaaaa tengok friendship diorang. Nampak bahagia je. Ni bila diorang nak pisah, aku pon terasa sebak. Aku nampak macam mana rapatnya dorang dooo. Pergi holiday sama sama, tengok wayang sama sama, iftar sama sama, pergi solat Jumaat sama sama. Dorang selalu jugak lepak rumah aku, lepastu ramai ramai baring dekat living hall, layan movie dekat pendrive. Masa pergi sekolah dulu pon, ade masa masanya aku jalan sekali dengan kawan kawan dia sebelum dorang ramai ramai naik motor.

Kau pahammmm tak aku sedih jugaaak?! Hmmmmm. Kalau aku rasa macam ni, macam mana la dengan adik aku kan. Tadi tengok dorang salam salam pon, mata aku dah bergenang. Aku pernah rasa hilangnya kawan, baaaaanyak kali sejak aku darjah satu. Ramai kawan baik aku kena pindah sekolah. Tapi aku tak ralat sebab kiteorang pisah pon sebab benda peribadi. Ni dorang memang dah rapat, lepastu kena pisah pulak? Kawan dari sekolah rendah kotttt. Allahuakbar. 

Dorang daftar form six pun sama sama, akuuuu jugak yang tolong daftarkan. Ni bila nak pergii, ya Allahhhh. Aku tahu dorang banyak buat perangai kat sekolah. Especially ponteng kelas ah. Tapi aku faham, biasa la bebudak lelaki. Aku pon pernah buat benda yang sama jugak. Adik aku pon dapat jugak upu, dapat banking dekat alor gajah. Dua tahun setengah. Tapi dia minat akaun. So dia tanya cikgu eko merangkap cikgu form six aku and emak pada kawan baik dia, haha and cikgu cakap kalau dia amik eko dekat form six ni pastu nak sambung degree untuk akaun pon boleh jee, sebab dia amik pengajian perniagaan juga. So better dia amik form six kan? Kalau dia nak amik upu ni, terpaksaaaalah aku lepaskan dia 26 haribulan nanti. Tak sanggupppppp. Dia kawan baik aku kot. Paling rapat dengan aku berbanding dengan kakak atau abang aku sendiri. Sebab tu aku sensitif gila kalau tengok dia sedih ke frust ke apa. Aku stay dengan dia dari kiteorang kecik, kakak and abang aku masuk asrama so sape yang aku ade? Dia dengan mama jelah. Sebab tu aku jaga dia elok elok. Pantang aku kalau tahu orang buat dia sedih ke kutuk dia ke. 

Dulu ade kawan dia cakap perangai adik aku teruk sebab kiteorang takde bapak. Aku jumpa budak tu. Bila tanya apa masalah dia, tak reti pula nak menjawab. Perempuan yang buat adik aku frust, sampai sekarang bila jumpa muka aku tak pernah senyum! Kau ingat kau cantik sangattt? Kau rugi weeeeh, rugiii! Adik aku tu rajin gila, pandai masak, pandai jaga hati orang, selalu mengaku salah walaupun tak salah, mulut ringan minta maaf, tak ego. Haaa mana kau nak dapat? Kau dah reject dia, kau jangan jilat ludah kau balik okay? :) 

Ni lah dek namanya kehidupan. Apa yang ade dengan kita sekarang tak pernah kekal. Jadi, nak atau pon tak, kita kena belajar macam mana nak terima sebuah perpisahan. Berpisah pon sebab berjihad di jalan Allah, nak tuntut ilmu Allah. Kan kan? Nanti bila sama sama dah berjaya, boleh pergi bercuti lagiiiiii jauh. Nanti macam macam pengalaman hidup yang korang akan share. Percayalah, jauh mana pun korang tapi kalau selalu contact takkannn terasa jauh. Cuma, masing masing kena faham la. Semua orang ade tanggungjawab kan. Tak boleh la nak contact selalu tapi jangan pulak jarang sangat sampai setahun sekali je. Haha. Perpisahan yang jadi ni akan ajar kita untuk kuat, unuk terima orang baru, untuk hargai seseorang sebelum dia pergi dari hidup kita. Hish asal aku punya sebak makin menjadi jadi ni? Isssssh. 

Untuk kawan kawan adik aku yang nak pergi besok, terima kasih sebab jadi kawan adik aku. Jaga dia. Sabar dengan dia. Terima kasih banyak banyak. Walaupun engkorang seselalau buat sepah dekat rumah ni masa tengok movie hahahaha tapiii bila korang takde datang rumah ni, terasa jugak la sunyi tu. Makin berkurang laaa motor dekat depan rumah kiteorang ni nanti huhuhu.nanti belajar baik baik ye semua. Hidup ni jauh lagi. Banyak lagi benda kita kena belajar, jadi kena belajar daripada sekarang. 

Kisah aku pulak. Hmmm aku ingatkan im dah lupa aku. Yela, last contact 8 April hatitu, tu pon dah hambar gila dah conversation kiteorang. Sepatah sepatah je jawab. Haih. Tiba tiba semalam 19 Mei dia contact aku balik. Aku terkejut gilaaa. Tapi aku aku taknak la bermusuh kan. Yela, im pon tengah belajar, aku pulak nak final exam dah. So sama sama tengah struggle. Takpelah aku faham :)s sapepun yang hadir dalam hidup kita, hargailah. :')


Published : 20 Mei 2017 pada 4.39 petang

Sunday, 14 May 2017

Yang Tak Setia Pun Baca Jugak

Assalamualaikum. Ni apahal ni? Baru update tadi zohor, asar update lagi. Hahaha takdeee pape. Tadi aku edit la sikit belog ni kan walaupun ya ampunnnn susah kemain sebab guna ipad. Nak letak background pun tak bole. Bole tukar warna je. Takpe bulan 7 nanti insyaAllah dapat laptop baru, sebab laptop sekarang dah lunyai. So untuk 2 bulan lebih ni sila tahankan mata anda ye, dan maaf atas kehambaran belog ni.

Okay perhatiannnn pada pembaca semua! Tadi aku dah bubuh dah kat tepi belog ni. Siap warna warni lagi. Tapi burooook, nampak tak kemas. Dah la belog ni memang sedia nan hadooo, nak tambah lagi hodohnya, hmmm juling la mata korang buka belog ni :p 

So aku copy balik jelah yeee apa aku tulis tadi dekat sini. Masih jugak berwarna warni, macam cute pula haha lol okaybye.

Assalamualaikum. Hidup niii singkat sangat. So sementara ada gigi ni kita senyummm je okay? Anyway aku ni jaranggg nak tunjuk expression, sebabtu nama belog aku macam ni. Apa yang aku tulis semuanya pasal hidup aku. Aku takde masa nak buat belog semata mata nak bercerita pasal orang lain. But kalau ada yang terasa dekat mana mana tu, minta maaf cakaplah ye? 

Aku sarankan takyah baca sebenarnya sebab belog ni nothing. Hanya kisah seorang Fira yang sangat membosankan. But kalau nak baca jugaaaak, sukahati hang lah. Haa ni lagi satu, kalau ada yang lebih tua dari aku baca belog ni, sorry  sebab guna bahasa yang agak kasar. Percayalah :) I just to be myself walaupun aku ni susah nak bagi expression dan seorang yang membosankan.

Published 5:31 petang. 

Saturday, 13 May 2017

Bila Kita Semakin Tuwee

Assalamualaikum. Okay so this is my new belog. Yang lama tu aku nak buang. Bukan apa, bila kita dah makin tuwee ni bila baca balik belog budak 15 tahun dulu, aduh rasa sakai gila. Hahaha. Aku tau tu semua kenangan. Okeeeyy so aku akan private je haha :p 

Aku update ni pon rasa cam poyo je. Hm, yelah 19 tahun tak la tuwe sangat kan. Tapiiii memandangkan ni last year aku main umur belas belas macam niii, so that was awkward moment. Lol, mana ada orang makin muda. Nak awkward pe pasal? 

Tapi betullah kann, bila makin nak tuwee ni, kita dah makin hilang kawan. Buttt kalau ramai kawan, tapi still nangis sensorang bila ada masalah tak guna juga :) lebih baik sikit asalkan berguna hahaha :D aku kengkadang jeles jugak macam mana orang boleh berkawan sampai berbelas and berpuluh tahun. Aku niii kawan sekolah menengah dulu pon, berapa kerat je yang still contact, ni kan pulak kawan zaman tadika, zaman sekolah rendah, zaman tuisyen semua.

Yee betull, semua orang ade life masing masing. Semua orang akan berubah. Get a new life. A new moment. Make more friends. Kannnn :) tapi tak rasa ke macam hilang kawan tu lagiiiiii sedih dari hilang pakwe? Aku tak leh komen pape sebab takde pakweee. Tak pernah ada :p yelah, baru 19 tahun kot, sape je yang nak pandang? Apapun takde. Lagipun aku ni tak reti nak berkasih sayang ni. Hahaha. 

Tapi takpelah, sekarang ni terasa la juga bila takde kawan kan. Kata zaman koleeeej, zaman nak bual hal hahahahahaha so cam takde life. Patut muka makin tuwee --' hmmm takpe takpe. Bukan takde kawan langsung, cuma kurang. Yang still contact tu, terima kasih :) 

Okayy, 22 mei nii final sem 2. Yeah. Next month masuk sem 3. Tak boleh happy selagi tak jawab exam. Rasa berhutang dengan cikgu hahaha lol. Okaylah kalau ade yang kenal aku, contact ah balik. Rindu. Tapi kalau taknak pun takpeee, aku masa sekolah dulu bukan budak hot pun. Aku doakan semuaaaaaa orang yang pernah kawan dengan aku dulu, dapat kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Sanding jangan lupa jemput! :p 

Hari ni berapa hb eh? Aaaaah makin tuwee ni makin nyanyok pulak. 
P/s : aku saje eja tua sebagai tuwee, so that nampak muda sikit haha.
P/s : published 1:40 petang.